|
||||
| F.A.Q |
Jawapan 1 ( J1 ) : Kolej Komuniti Bukit Mertajam mula ditubuhkan pada bulan Julai 2008 dan merupakan kolej cawangan kepada Kolej Komuniti Kepala Batas dan sebuah institusi pendidikan yang bernaung di bawah Sektor Pengurusan Kolej Komuniti , Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
J2 : Kolej Komuniti Bukit Mertajam menawarkan Kursus Sijil Modular Kebangsaan (SMK) bagi Program Fesyen dan Pakaian. SMK terbahagi kepada beberapa modul iaitu :-
Selain Kursus SMK , Kolej Komuniti Bukit Mertajam turut menawarkan kursus jangka pendek untuk semua lapisan masyarakat.
: Bagi kursus Sijil Modular Kebangsaan (SMK) , calon boleh memohon dengan membuat permohonan secara on–line di http://www.jpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun di akhbar-akhbar tempatan. Bagi kursus pendek pula , setiap pemohon yang berminat boleh melihat senarai kursus pendek yang ditawarkan oleh pihak kolej dalam laman web kolej dan borang penyertaan boleh di muat turun melalui laman web kolej. Peserta kursus pendek juga boleh datang sendiri ke Kolej untuk mendapatkan borang penyertaan.
J4 : Kolej Komuniti Bukit Mertajam tidak mempunyai asrama pelajar. Walau bagaimanapun , pihak Kolej akan membantu pelajar untuk mendapatkan tempat penginapan.
J5 : Bantuan Kewangan diuruskan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia . Pihak Kolej Komuniti Bukit Mertajam akan menghantar maklumat pelajar yang layak mendapat bantuan kewangan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti untuk diproses. Setiap pelajar yang layak akan mendapat bantuan kewangan dalam bentuk Elaun sebanyak RM 250.00 sebulan (Tertakluk kepada syarat dan perubahan). Bagi pelajar yang tidak mendapat elaun , pelajar boleh memohon pinjaman Kementerian Pengajian Tinggi(KPTM) sebanyak RM 6000.00 sepanjang tempoh pengajian(2 tahun).
|
| Last Updated ( Thursday, 14 February 2013 02:24 ) |






















