Written by Administrator    Wednesday, 29 June 2011 08:48    PDF Print E-mail
Perutusan Pengarah
 

Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

 

Terlebih dahulu saya melahirkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Kolej Komuniti Bukit Mertajam dapat mewujudkan laman sesawang rasminya sendiri.
Selamat datang ke laman sesawang rasmi Kolej Komuniti Bukit Mertajam saya ucapkan kepada semua para pengunjung sekalian. Bagi pihak saya dan kakitangan Kolej Komuniti Bukit Mertajam, kunjungan tuan-tuan dan puan-puan ke laman sesawang ini adalah amat dialu – alukan.

Laman sesawang ini diwujudkan adalah dengan tujuan untuk mendedahkan kepada pengunjung mengenai Kolej Komuniti Bukit Mertajam. Selaras dengan perkembangan teknologi, pihak kolej mengambil peluang ini dalam usahanya untuk menyebar luaskan maklumat mengenai kolej ini kepada penduduk sekitar amnya dan semua peringkat masyarakat di Malaysia

Dengan wujudnya laman sesawang ini maklumat-maklumat penting boleh dicapai secara terus termasuklah maklumat seperti kaedah permohonan kemasukan ke kolej, kursus-kursus yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan yang disediakan, gambar peralatan dan kelengkapan yang ada, gambar-gambar program yang telah dijalankan, kemudahan elaun dan pinjaman, maklumat-maklumat terkini dari pihak kementerian, keputusan peperiksaan pelajar, capaian ke laman sesawang jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.

Selain memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat terkini, ia juga dapat membantu ibu-bapa serta komuniti untuk mencapai maklumat dan mengetahui apa sahaja program dan aktiviti yang sedang berjalan di Kolej Komuniti Bukit Mertajam dengan pantas dan cepat.

Buat masa sekarang Kolej Komuniti Bukit Mertajam beroperasi dikawasan Tanah Liat, Bukit Mertajam dengan jumlah kakitangan seramai 15 orang dan berkemampuan untuk menampung sehingga 400 orang pelajar pada satu-satu masa. Kolej ini menjalankan kursus Jahitan Fesyen Pakaian dan Jahitan Kreatif. Pelajar akan dianugerahkan dengan Sijil Modular Kebangsaan apabila tamat setiap peringkat modular yang telah dipecahkan kepada beberapa modul dari 4 bulan ke 6 bulan untuk setiap modul.

Pihak kami juga sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan pandangan yang membina dari pihak tuan-tuan dan puan-puan. Akhir kata, selamat melayati laman sesawang Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan diharapkan laman sesawang ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya untuk kemajuan kita bersama.

Sekian Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Pengarah Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Last Updated ( Thursday, 08 December 2011 07:26 )
 
ico-1malaysiakptjpkkicomygovjpalhdnmscmampujobsmhrmis