Written by Administrator    Wednesday, 29 June 2011 08:48    PDF Print E-mail
Latar Belakang Kolej Komuniti

kelas2

Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti Rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Ogos 2005 , Kolej Komuniti berjumlah 34 buah.


*Sumber rujukan :Buku Maklumat Quick Facts 2005 Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Hingga 1 September 2005
 

Kolej Komuniti mula bertambah dari 34 buah kolej sehingga 37 buah kolej induk dan 19 buah kolej cawangan dalam sekitar tahun 2007. Sehingga kini jumlah kolej komuniti induk dan cawangan telah bertambah ke 79 buah diseluruh negara. Dibawah ini adalah gambar Kolej Komuniti Bukit Mertajam

gambar slide 1

Last Updated ( Wednesday, 07 December 2011 03:32 )
 
ico-1malaysiakptjpkkicomygovjpalhdnmscmampujobsmhrmis